keriangan hidup dan kesempurnaan diri...
Kesempurnaan diri pula ditentukan oleh diri sendiri kerana kita yang mencorak diri kita bukan orang lain kerana diri kita milik kita untuk itu kita haruslah mempunyai keyakinan pada diri sendiri......
Wednesday, March 25, 2009
seram!!!!
Posted by raz89(ustaz) at 12:07 AM 0 comments
Tuesday, March 24, 2009
inilah dunia!!!!!!
Saja aku terbayang kalau 4 pemimpin iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Pak Lah duduk semeja dan untuk berbincang tapi sebelum tuh masing-masing pakat order makan dulu. mungkin ini dialog-dialog yang bakal terjadi… waiter : ok tuan-tuan nak minum apa? anwar : saya seorang humanist, peka kepada kesusahan rakyat jadi bagi saya minuman biasa rakyat marhaen saja, teh o ais satu dan sebab saya sudah biasa dengan makanan jail bagi nasi kosong dan ikan kembung goreng satu. air teh tuh tolong test dulu takut-takut ada ARSENIK! nik aziz : bung nuar panggil ambo ko? anwar : dok eh. waiter : che det pulak nak order apa? mahathir : ni apa nama bagi roti sudahlah, emak saya pesan kalau makan kena berhenti sebelum kenyang. roti nih belum kenyang dah habih sebab tu saya bukak kedai The Loaf kat Langkawi sinun. tauhu sumbat dengan pulut panggang feveret saya ada dak? pulut panggang ni kat Kedah nun depa panggil pulut udang. ayaq bagi jus tembikai dalam gelas yang ada payung berkembar dua. waiter : assalamualaikum, tuan guru nak makan dengan minum apa? nik aziz : waalaikumussale, ambo nih baru sudah make nasik ngan budu, kenye lagi. minum air sajo lah. air zam-zam mung ada jual tak? waiter : air zam-zam takde dalam menu tuan guru nik aziz : kalau gitu bagi ambo air kosong aje lah. waiter : Pak Lah nak makan apa? Pak Lah : bagi nasi kandar Perth satu waiter : maaf Pak Lah kami tak jual nasi tu Pak Lah : takpa takpa kita boleh hantar helikopter pergi Perth dan bawa balik nasi tu ke Malaysia. waiter : tapi Pak Lah kedai tu dah tutup sebab tak laku, jual mahal sangat. Pak Lah : ok kalau begitu saya nak order nasi yang paling mahal kat sini. apa nama dia? waiter : nasi Hadhari Pak Lah : menarik tu? kenapa nasi ni mahal sangat? waiter : nasi ni ada 10 ramuan dan mendapat sijil pengiktirafan halal oleh Washington. Pak Lah : ooooooo hebat hebat. waiter : minum Pak Lah? Pak Lah : ermmm bagi jus epal… eh jus oren kot… sekejap… air sirap bandung satu.. eh itu dah minum kelmarin.. bagi ni… air kelapa.. ahh ihh uhh bagi champagne la senang! nik aziz : ehem ehem Pak Lah order ayor apa tu? Pak Lah : err bukan dia pok nik, tershashul pulak. hehe. Bagi Kopi Tongkat Ali sechawan. jangan jeles naaa.. saya masih pengantin baru sebab baru lagi kawin dengan beras saya. Anwar : bukan beras lah bodoh, birassss! beras tu yang dah naik harga, biras tu yang naik ataih Pak Lah malam2. Mahathir : OK, semua dah order makan. kita teruskan kepada agenda kita mai berkumpul kat sini malam ni. bincang pasai rasuah atau bahasa lembut dia apanama… apanama… politik wang. Pak Lah, yang hang kensel jambatan bengkok aku pasai pa? tiba2 dok buat *tahana lagu ni. Susuk hitam tiba-tiba muncul entah dari mana dan lembaga itu pun mengeluarkan suara… KJ : Maaf semua saya lambat sikit, jam kat jalan tadi. ada beruk terlepas daripada Zoo. besar-besar pulak beruk kat jalan raya tadi. mujur bila tengok kereta saya dia tak lompat naik, tapi dia jalan tunduk macam kawad hormat pulak. barangkali beruk jinak kot. Pak Lah : haaa itu dia penasihat saya mai dah. hang tanya dia Che Det… tanya dia… aku tak tau. waiter : cik KJ nak makan apa? KJ : bagi la saya tarik nafas dulu, penat lagi nih. terkejar-kejar saya datang ni takut lewat. ermm waiter.. soto mee ada tak jual tak? Anwar : apa semua ni? nak perli la tu. jangan ingat tulang belakang saya baru lepas operation, saya tak boleh belasah orang. kurang ajar budak hingusan nih. dah lah hitam, dulu ada hati nak mengorat anak aku. izzah tak mau kat hang la, dia kata gigi hang sama kuning dengan gigi Zainudin Maidin. nik aziz : sabo bung nuar, budak mudo, biaso lah. masih kurang make budu lagi. pok loh mung nasihat sikit anak menantu mung nih jangan nok tunjuk gedebe sangak. Pak Lah : KJ, menantu kesayangan bapak. Nori sihat? Jibril dah tido ker? nik aziz : ambo suruh mung nasihat, yang mung dok merepek tanyo malaikat dah tido ke dok tido ni gapo dio. malaikat dia menyembah Allah 24 jey (jam) sehari. dia tak tido macam kito manusio. KJ : Nori sihat babah, dugong pun tak sihat macam dia. datok nik, jibril tu sebenarnya anak saya yang baru lahir. nik aziz : haaa sudohhh. (sambil garu kepala) Mahathir : ni apanama budak ejen Singapore, nih mesti tuan hang Kuan Yew tuh suruh hang kensel projek mega aku. hang tau dak bawah jambatan tu kapai boleh lalu. kapai tu mai port kita dia tak pi port Singapore. genius tak aku? budak *kanyaq macam hang apa tau. makan hasil Pak Mentua. Melayu mudah lupaaaa… KJ : genius takde maknanya kalau tak masuk Oxford. Hidup Oxford! kringgg! kringgg! kringgg! kringgg! ( handphone KJ berbunyi) KJ : sorry gentlemen, i had to take this call. pemanggil : hai abe itam ku, sihat ker? KJ : siapa nih? Maya ker? pemanggil : hemph.. ini Fasha lah… Fasha Sundel.. KJ : Fasha mana pulak nih pemanggil : Fasha lah, Reader JustKhai.Com KJ : tak kenal pun. pemanggil : sampai ati abe buat Fasha macam ni.. dulu abe berjanji nak bertanggungjawab, sekarang Fasha dah mengan… KJ : click ( KJ memutuskan talian ) Pak Lah : Sapa tu KJ? hang jangan nak buat skandal. babah tak suka. KJ : takdelah babah, pompuan yang call tadi Michelle Yeoh dia cakap tengah shooting kat Australia, filem James Bond baru tajuk The Horny Prime Minister. Dia kirim salam kat babah. Minggu depan dia sambung shooting kat Malaysia. Pak Lah : OK minggu depan hang panggil Patrick Lim, Kamaludin, VIP-VIP dan orang-orang kenamaan yang gedik-gedik kita buat parti besar-besaran kat Seri Perdana. Kita panggil Lionel Ritchie dan George Benson mai nyanyi. KJ : chek nak panggil Beyonce dan Mariah Carey datang sama pak. nik aziz : nauzubillah! kerja syaiton semuo nih. selamatkanlah negaraku ya Allah daripada resuah dan manusia2 sekular. kamus loghat Kedah *tahana = derhaka, aniaya *kanyaq = mentah, berhingus
Posted by raz89(ustaz) at 10:54 AM 0 comments